Tuesday, 4 October 2016

PERLEMBAGAAN

· Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.


· Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

· Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

· Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.

· Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

· Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri



· Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.


No comments:

Post a Comment