Tuesday, 4 October 2016

RAJA BERPELEMBAGAAN


Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. 1)Sistem Raja Berpelembagaan.


2)Sistem Demokrasi Berparlimen



3) Sistem Persekutuan.
 Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. - Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. - Urutan: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. - Menyandang jawatan selama lima tahun.




 Keseimbangan Dalam Sistem Raja Perlembagaan - Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara mempunyai kedudukan istimewa - mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa di dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja - Bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara




 Ciri-ciri Kelayakan Menjadi Yang di-Pertuan Agong 1. Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih. 2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. 3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi.”




 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 1. Sebagai Badan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi perlembagaan: i. Melantik seorang Perdana Menteri; ii. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan parlimen; iii. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.




Raja perlembagaan.

    Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
     Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
    Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.
     Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
     Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.


No comments:

Post a Comment