* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:
Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Pemerintahan (Eksekutif)
Badan Kehakiman (Judisiari)
- Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.
- Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.
- Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan.
- Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan.
- Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana Menteri atau Jemaah Menteri) yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu.
Imuniti Raja
- Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja.
- Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan.
- Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Majlis Raja-Raja
* Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri.
No comments:
Post a Comment